Monday, May 23, 2011

GILA BOLA CONTEST!

Ada skill tak?.. Skill apa?.. Skill untuk join Castrol Football Crazy Longest Kick.  Apakebende tu ye?.. Sebenarnya CASTROL ni tengah adakan contest. Untuk mereka yang berminat dan ada bakat. Pastinya dalam bidang bola sepak ni ye.
Cemane caranya..

Bukan susah pun.. Hanya memerlukan kawan-kawan untuk menggunakan kemahiran dalam menimang bola.. (erk.. adakah betul term tersebut.. ). Mula-mula setkan kamera untuk mode video berkualiti tinggi. (Perlu ingat hanya untuk 20 saat sahaja..) .

Bila dah set kan itu.. Kawan-kawan boleh mula kan aksi kawan-kawan tu dengan menmng bola dari belah kanan.. sukahati nak buat aksi macamana AKSI TERLAMPAU yang boleh diterima ye.. Kemudian passkan ke seblah kiri pula.. lakukan AKSI hebat anda.. tunjukkan kemahiran itu dalam 20 saat. Dan syarat penting haruslah TUBUH BADAN anda kelihatan semuanya dalam klip tersebut.

Nah.. dah siap satu vlog untuk CASTROL FOOTBALL CRAZY. jom join..

~Bagi peminat bola sepak.. masa ni la nak tunjuk skill.. kalau bertuah dapat hadiah gak la kan.. Untuk maklumat lanjut, cubala klik iklan kat 'kepala' blog ni ye.. Semoga berjaya kawan-kawan!!
~Belum join kontes ALL IN ONE?.. Silakan join.. jom jom..

Friday, May 20, 2011

Aku Ada Impian: memiliki MOTOR BERKUASA BESAR.entry 2/5.

Aku ada impian.
Impianku untuk memiliki sebuah motosikal berkuasa besar.
Seperti Erra Fazira..
Juga seperti Linda Onn.

Rasanya macam bangga dapat memiliki motorsikal sebegitu.
Tapi.. aku tak kuasa..
Kerana aku hanyalah insan biasa..
Yang sedar impian itu terlalu jauh untuk digapai..

kerna..
Maniskah seorang wanita dilihat menunggangi motosikal sebegitu rupa?..






Bagi sesiapa yang nak sertai pertandingan ini:

Pada bahagian komen blog Master Arsyad tu jangan lupa tulis:
“Saya tahu Peraduan “Aku Ada Impian Dari Blog ALL IN CONTEST

Wednesday, May 18, 2011

Terima Kasih Shaizhar!!!

Alhamdulillah.
Rezeki melimpah..
Dari Shaizhar..

Haritu ada join contestnya di sini: http://myshaizharblogcontest.blogspot.com/
Rezeki untuk jadi pemenang..
Siapa tahu tuah ayam nampak di kaki.. Tuah kita?..

Entry ini juga adalah untuk memaklumkan bahawasanya hadiah telah selamat di terima..
Terima Kasih banyak-banyak buat Shaizhar..

Nantikan kemunculan hadiah.. (entry khas nanti ye..)
Masih belum di capture hadiah yang LUMAYAN itu..

Jomla kawan-kawan meriahkan dunia contes!!

Sunday, May 1, 2011

Aku Ada Impian: INGIN MEMBUAT PAI.. entry 1/5.

  • Bahan Inti:
  • 2 biji apple merah - potong dadu
  • 1/3 cawan gula (jika tak suka manis, boleh kurangkan kepada 1/4 cawan saja)
  • 1/2 sdk serbuk kayu manis
  • 1 sdb perahan jus lemon
  • 1 sdk tepung jagung + 1 sdb air
  • Bahan Pastri:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk garam
  • 1/2 cawan butter - beku (sejuk)
  • 1/2 cawan susu segar sejuk
  • **minyak untuk menggoreng



Cara-cara

  1. Inti: Dalam sauce pan (periuk @ kuali biasa boleh juga lah), campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
  2. Campurkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal.
  3. P/S: Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam @ inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.
  4. Pastri: Ayak tepung dan garam. Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti. (Gaul guna hujung jari)
  5. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.
  6. Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).
  7. Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu.
  8. Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Jika ingin pastri lebih rangup, simpan dulu dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng.
~AKU ADA IMPIAN UNTUK MEMBUAT PAI EPAL SEPERTI RESEPI DI ATAS YANG DI AMBIL DARI MYRESEPI.COM





Bagi sesiapa yang nak sertai pertandingan ini:

Pada bahagian komen blog Master Arsyad tu jangan lupa tulis:
“Saya tahu Peraduan “Aku Ada Impian Dari Blog ALL IN CONTEST