Saturday, April 30, 2011

Aku Ada Impian ROYAL WEDDING: entry 1/April.

Aku ada impian. Impian ini dipasang sejak kecil lagi. Masa itu, waktu kanak-kanaklah yang paling menggembirakan. Tidak perlu risaukan apa-apa. Sangat rindukan saat -saat itu.
Apakah impian tersebut? Kurasa, impian sebegini memang tidak asing dikalangan kanak-kanak pada zaman sebaya ku. Impianku adalah untuk menjadi seorang puteri dengan berkahwin dengan anak RAJA. Ibarat dongeng Cinderella dan Snow White mahupun putera katak.
Tatkala ku menonton ROYAL WEDDING of the decade semalam, kuteringat kembali akan impian tersebut. Impikan sesuatu dari kisah dongeng yang menemani hidupku waktu itu. Ku memang idamkan dapat menjadi bak Kate William ini.. Seorang gadis biasa yang bertuah menambat hati seterusnya mengahwini PUTERA RAJA DUNIA; Prince William.

Kupasti impianku takkan pernah tercapai.. Kerana aku bukan kanak-kanak lagi.




---------------------------

“Saya tahu Peraduan “Aku Ada Impian Dari Bloghttp://www.cikgudahlia.com/

Bagi sesiapa yang nak sertai pertandingan ini:

Pada bahagian komen blog Master Arsyad tu jangan lupa tulis:
“Saya tahu Peraduan “Aku Ada Impian Dari Blog ALL IN CONTEST

No comments: